suria

Chris Smalling Sukar Kencing Ketika Ujian Doping

Smalling tiba di Lapangan Terbang Manchester sebaik sahaja selesai menjalani ujian doping selepas perlawanan.

CHRIS Smalling gagal memberi sampel air kencingnya selepas aksi Piala Europa yang menyebabkan dia terpaksa diiringi pihak polis ketika menaiki kapal terbang pasukan Manchester United.

Smalling dan seorang lagi pemain pertahanan, Ander Herrera dipilih untuk menjalani ujian air kencing sebaik sahaja skuad Jose Mourinho itu tewas kepada Feyenoord 1-0 pada aksi pembukaan Liga Europa pada Jumaat.

Smalling terpaksa ditinggalkan di Stadium De Kuip selepas pemain England dan Herrera dipilih bagi menjalani ujian rutin itu oleh pegawai anti doping.

Ia perkara normal bagi seorang pemain yang mengalami dinyahhidrat selepas perlawanan yang menyebabkan Smalling sukar untuk membuang air kecil.

Namun sebaik sahaja selesai ujian tersebut, Smalling terus dibantu pihak polis yang membawanya ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat pasukannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain