PEMANDU Mercedes, Nico Rosberg mencatat keputusan terpantas pada perlumbaan pusingan kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura di Litar Jalanan Marina Bay, Sabtu malam.
Rosberg menamatkan saingan dengan catatan 1:42.584 saat dan meninggalkan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat kedua, manakala rakan sepasukannya Lewis Hamilton di posisi ketiga.
Sementara itu, Max Verstappen berada dalam kelompok empat terbaik dengan mencatat masa terpantas 1m 43.328s, diikuti Kimi Raikkonen (Ferrari) di tempat kelima.
Dalam pada itu, Rosberg yang dilihat berada di landasan terbaik dengan aksi konsisten, malah berpeluang melakar hatrik kejuaraan sekiranya berjaya menamatkan perlumbaan di barisan hadapan pada aksi Ahad ini.
Pelumba kelahiran Jerman berusia 31 tahun itu mencatat dua kemenangan berturut-turut sebelum ini ketika aksi GP Belgium dan GP Itali dua minggu lalu.
Rosberg kini 248 di tangga kedua keseluruhan kedudukan pelumba setakat ini, manakala Hamilton masih kekal sebagai pendahulu dengan kelebihan dua mata (250).
Keputusan penuh pusingan kelayakan GP Singapura:
1. Nico Rosberg GER Mercedes-Mercedes 1m 42.584s
2. Daniel Ricciardo AUS Red Bull-TAG Heuer 1m 43.115s
3. Lewis Hamilton GBR Mercedes-Mercedes 1m 43.288s
4. Max Verstappen NED Red Bull-TAG Heuer 1m 43.328s
5. Kimi Raikkonen FIN Ferrari-Ferrari 1m 43.540s
6. Carlos Sainz Jr ESP Toro Rosso-Ferrari 1m 44.197s
7. Daniil Kvyat RUS Toro Rosso-Ferrari 1m 44.469s
8. Nico Hulkenberg GER Force India-Mercedes 1m 44.479s
9. Fernando Alonso ESP McLaren-Honda 1m 44.553s
10. Sergio Perez MEX Force India-Mercedes 1m 44.582s
11. Valtteri Bottas FIN Williams-Mercedes 1m 44.740s
12. Felipe Massa BRZ Williams-Mercedes 1m 44.991s
13. Jenson Button GBR McLaren-Honda 1m 45.144s
14. Esteban Gutierrez MEX Haas-Ferrari 1m 45.593s
15. Romain Grosjean FRA Haas-Ferrari 1m 45.723s
16. Marcus Ericsson SWE Sauber-Ferrari 1m 47.827s
17. Kevin Magnussen DEN Renault-Renault 1m 46.825s
18. Felipe Nasr BRZ Sauber-Ferrari 1m 46.860s
19. Jolyon Palmer GBR Renault-Renault
20. Pascal Wehrlein GER MRT-Mercedes 1m 47.667s
21. Esteban Ocon FRA MRT-Mercedes 1m 48.296s
22. Sebastian Vettel GER Ferrari-Ferrari 1m 49.116s


