suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fifa Siasat Dakwaan Durica Pengadil Atur Perlawanan

Durica (kiri) mendakwa pengadil telah mengatur perlawanan Slovakia dan England.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mula menjalankan siasatan terhadap dakwaan pemain pertahanan Slovakia, Jan Durica mengenai pengadil mengatur perlawanan ketika aksi kelayakan Piala Dunia bertemu England minggu lalu.

Menurut Sportsmail, Fifa dikatakan telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Slovakia bagi memulakan siasatan terhadap dakwaan pemain mereka.

Pada peringkat awal, Slovakia FA disoal bagi mengesahkan kenyataan pemain terbabit namun dijangka tindakan disiplin akan diambil.

Pada aksi tersebut, pasukan Sam Allardyce mencatat kemenangan tipis menerusi Adam Lallana ketika Slovakia terpaksa bermain sepuluh orang dalam tempoh 33 minit terakhir setelah Martin Skrtel diarah keluar padang sebaik sahaja menerima kad kuning kedua gara-gara mengkasari Harry Kane.

"Hanya ada satu tempat sahaja untuk Piala Dunia. Kenapa Slovakia patut pergi ke sana apabila England berada dalam kumpulan yang sama?', kata Durica.

"Sudah tentu, mereka sentiasa dirujuk sebagai pasukan yang kuat. Kemungkinan juga, pengadil lebih tahu bagaimana untuk melakukannya.'

Pada Jumaat, jurucakap Fifa memberitahu: "Kami kini mengesahkan bahawa telah membuka siasatan awal berkaitan dengan insiden yang dilaporkan.'

Fifa, Slovakia, Jan Durica

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain