suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giggs, Neville Lawat JDT

Tunku Ismail bergambar bersama Neville dan Giggs.

PETALING JAYA: Legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Gary Neville mengadakan kunjungan mengejut ke kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Baru pada Khamis.

Klip video kunjungan mereka ke pusat latihan juara Piala AFC 2015 dan Liga Super sebanyak dua kali di Padang Seri Gelam itu, disiarkan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers pada Jumaat.


Selain itu, beberapa keping gambar pertemuan kedua-dua legenda United ini dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut dikongsi untuk tatapan peminat.

Menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, Giggs dan Neville turut bertukar-tukar pendapat dengan Tunku Ismail mengenai pelbagai perkara berkaitan sukan bola sepak selain memahami visi serta hala tuju JDT.

"Ternyata mereka berasa teruja dengan perancangan yang telah dilakukan untuk JDT," demikian menurut kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain