suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leicester, Arsenal Sekadar Seri

Penjaga gawang Arsenal, Petr Cech menangkap percubaan Vardy.

JUARA musim lalu, Leicester City masih tercari-cari kemenangan pertama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat keputusan seri 0-0 dengan Arsenal, awal pagi Ahad.

Penyerang, Jamie Vardy dan perancang, Riyad Mahrez yang kedua-duanya pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol buat Leicester di Stadium King Power namun percubaan mereka gagal menerjah gawang pelawat.

Leicester membuka kempen musim ini dengan kekalahan 2-1 ke atas Hull dan sehingga kini masih belum menampilkan prestasi sebagaimana ketika mereka gah menjuarai kempen musim lalu.

Arsenal turut hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan selepas tewas 3-4 kepada Liverpool pada aksi pembuka tirai.

Bagi peminat, ia menambah kekecewaan mereka terhadap pengurus, Arsene Wenger yang dilihat gagal memperkukuhkan skuad bimbingannya pada rehat pra-musim lalu.

"Ia adalah perlawanan di tahap yang tertinggi dan saya percaya kami sudah bertindak balas dengan baik selepas kekecewaan minggu lalu.

"Leicester adalah pasukan yang kuat. Mereka memenangi liga dan hanya tewas tiga perlawanan pada musim lalu," kata Wenger.

Senarai pemain:

LEICESTER CITY: Schmeichel; Simpson, Huth, Morgan (c), Fuchs; Mahrez, Drinkwater, Mendy, Albrighton; Okazaki, Vardy.

ARSENAL: Cech, Bellerin, Holding, Koscielny, Monreal, Xhaka, Coquelin, Walcott, Cazorla, Ox, Alexis.


Arsenal, Leicester City, EPL

Artikel Lain