suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Olimpik: Penalti Neymar Bantu Brazil Menang Emas

RIO DE JANEIRO: Neymar meledak gol kemenangan Brazil menerusi penentuan penalti untuk menghadiahkan tuan rumah pingat emas pertama dalam acara bola sepak selepas menundukkan Jerman di Stadium Maracana, awal pagi Ahad.

Kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti itu membalas dendam kekalahan memalukan 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia, dua tahun lalu.

Pingat emas di Olimpik satu-satunya gelaran utama yang belum berjaya dimiliki juara dunia lima kali itu dalam sejarah gemilang negara bola sepak itu.

Bintang Barcelona itu diarahkan untuk mengambil sepakan kelima Brazil dan melaksanakan tanggungjawab itu dengan sempurna.

Sepakannya berjaya menerjah gawang Jerman.

Neymar dilihat mengalirkan air mata sejurus selepas menyempurnakan sepakan penalti yang membawa kepada kemenangan pasukan tuan rumah.

Terdahulu, perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas permainan berakhir 1-1 tamat masa sebenar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain