suria

Terengganu Kalah Aksi Penyudah Hambar

Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor.

KUALA NERUS: Aksi penyudah yang hambar serta perancangan yang kurang manjadi dikatakan antara faktor Terengganu kalah kepada Melaka dalam saingan Piala Malaysia malam Jumaat.

Pembantu jurulatihnya Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor berkata beliau tidak menolak faktor keletihan pemain turut menyumbang kepada kekalahan 0-2 tersebut di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Walaupun kita mempuyai beberapa peluang namun penyudah yang tumpul dan kurang sempurna menyebabkan kita gagal menghasilkan gol," katanya.

Beliau berkata fokus Terengganu kini terarah kepada siangan Liga Super selepas tersingkir dalam aksi Piala Malaysia.

Walaupun menang, namun jurulatih Melaka, Mohd Zan Mat Aris turut kecewa kerana gagal ke suku akhir Piala Malaysia.

Namun Melaka akan menumpukan kepada saingan Liga Perdana.

"Sasaran kita ialah untuk muncul juara Liga Perdana dan empat mata diperlukan bagi merealisasikan impian ini. Kita perlu menang sekurang-kurangnya tiga perlawanan dari empat baki perlawanan yang ada," katanya. - BERNAMA

Terengganu, Piala Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain