Olimpik: Dari Impian Dan Fantasi Kepada Realiti - Liu Ying - Sukan | mStar

Olimpik: Dari Impian Dan Fantasi Kepada Realiti - Liu Ying

Goh Liu Ying.

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Goh Liu Ying menyifatkan kejayaannya merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio, menjadikan impian dan fantasinya menaiki podium pada temasya sukan itu satu realiti serta membuatkan dia berasa bangga sepanjang hayatnya.

"Pada ketika saya berdiri di atas podium dan menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan, air mata saya mengalir. Ini apa yang saya impikan, tetapi tidak berani...kerana ada terlalu ramai pemain (berada di kedudukan) lebih atas daripada kami," katanya dalam laman Facebook beliau.

Beliau menulis: "Adakah saya benar-benar menang? Adakah ia satu mimpi?" katanya yang memenangi pingat perak dalam acara beregu campuran pada Sukan Olimpik Rio.

Pasangan negara itu tumpas kepada gandingan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 14-21, 12-21.

Menyifatkan dirinya tidak memiliki susuk tubuh sebagai seorang atlet, adalah antara punca beliau tidak dapat menyempurnakan latihan yang telah diatur oleh jurulatih.

Beliau hanya mampu melakukan sebahagian daripada latihan yang sudah ditetapkan, dan tidak dapat membina otot sama seperti atlet lain.

Justeru, beliau berkata dia lebih mudah mendapat kecederaan disebabkan kurang perlindungan terhadap otot, dan tidak dapat mencurahkan sepenuh tenaga semasa latihan.

"Saya telah menjalani pembedahan lutut dua tahun lepas, hanya untuk beraksi di arena Olimpik," katanya.

Mengenai kekalahan kepada pasangan Indonesia itu di pentas akhir, Goh berkata: "Kami tidak mampu untuk memberi tentangan yang sengit." - BERNAMA

Artikel Sebelum

Olimpik: Bolt Pertahan Gelaran Treble

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus