suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Olimpik: Bolt Pertahan Gelaran Treble

Usain Bolt.

USAIN Bolt menang pingat emas acara 4x100m pada Olimpik Rio 2016 sekali gus merealisasikan impiannya untuk menamatkan karier di pentas terkemuka dunia itu dengan mempertahankan gelaran treble yang dimenangi di Beijing (2008) dan London, empat tahun lalu.

Asafa Powell, Yohan Blake dan Nick Ashmeade antara kuartet dari Jamaica yang membantu kemenangan Bolt.

Mereka menamatkan perlumbaan itu dengan catatan masa 37.27 saat.

Kini Bolt mempunyai sembilan pingat emas yang diperolehi dalam tiga Sukan Olimpik berturut-turut.

Pasukan Jepun meraih pingat perak dengan catatan masa 37.60 saat manakala Kanada memperoleh gangsa.

Sepatutnya pingat gangsa menjadi milik Amerika Syarikat tetapi dibatalkan selepas kuartetnya, Mike Rogers, Justin Gatlin, Tyson Gay dan Trayvon Bromell melanggar pertukaran baton.





Artikel Sebelum

Artikel Lain