Bapa Harap Ramalan Liu Ying Bawa Pulang Emas Jadi Kenyataan - Sukan | mStar

Bapa Harap Ramalan Liu Ying Bawa Pulang Emas Jadi Kenyataan

Bapa dan ibu, Liu Ying yakin anak perempuan mereka mampu membawa pulang pingat emas untuk negara.

MELAKA: Seorang bapa membawa anak perempuannya berusia tiga tahun menyaksikan perlawanan badminton buat pertama kalinya.

Ketika anaknya tidak berkelip melihat perlawanan itu, bapanya memberitahu anaknya: "Satu hari nanti anda akan menjadi seorang pemain yang hebat, sangat bagus bahawa anda akan membawa pulang pingat emas untuk negara."

Kira-kira 24 tahun kemudian, Goh Liu Ying semakin hampir untuk menepati ramalan bapanya itu.

Kini, Goh Chak Wee, 60, amat berbangga kerana anak sulungnya itu akan berentap pada aksi final acara beregu campuran di Olimpik Rio.

"Kemenangannya merupakan kebanggaan negara dan saya amat gembira jika dia membawa Jalur Gemilang (dengan kemenangan di final)," kata pesara subkontraktor di kediamannya di Batu Berendam pada Selasa.

Seorang yang gemar bersukan, Chak Whee berkata dia sentiasa mahu ketiga-tiga anaknya terutamanya Liu Ying yang sulung, cemerlang dalam badminton.

Masih jelas diingatannya pada hari dia membawa Liu Ying menyaksikan perlawanan badminton dan memberitahu anaknya itu bahawa dia akan cemerlang dalam sukan itu.

Chak Whee mula melatih anak perempuannya itu dalam sukan badminton sejak berusia lima tahun.

Ketika Liu Ying berusia 11 tahun dia berlatih dengan jurulatih profesional.

Liu Ying melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur sehingga berusia 17 tahun.

Chak Whee masih terkejut apabila anaknya yang bergandingan dengan Chan Peng Soon berjaya melangkah ke separuh akhir di Rio meskipun pernah menjalani pembedahan lutut pada 2014.

"Dia sepatutnya bersara tahun ini tetapi atas dorongan dan semangat daripada kami serta juga jurulatih dia mengharunginya dengan tenang.

"Kami yakin dengan anda Liu Ying," kata ibunya, Yong Oi Lin, 53, yang juga seorang kerani akaun.


Goh Liu Ying , Sukan Olimpik Rio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain