suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Sedia Serah Marcos Rojo Kepada Southampton

MANCHESTER United dilapor bersedia untuk menyerah Marcos Rojo kepada Southampton sebagai pertukaran bagi mendapatkan Jose Fonte.

Bagaimanapun Jose Mourinho perlu bersaing dengan Arsenal untuk mendapatkan ketua pasukan Southampton itu yang merupakan pemain kelahiran Portugal.

Mourinho memerlukan pertahanan tengah berusia 32 tahun itu bagi meletakkan seorang pemain berpengalaman di barisan pertahanan United.

Pada masa sama, Southampton turut cuba melanjutkan kontrak pemain berkenaan dengan menjadikannya sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di kelab berkenaan.

Rojo yang menyertai United dengan yuran perpindahan bernilai £16 juta dari Sporting Lisbon gagal menyerlah ketika diberi peluang oleh Mourinho.

Manakala Arsenal pula memerlukan Fonte bagi menggantikan  Per Mertesacker yang terpaksa direhatkan sehingga Disember kerana mengalami kecederaan.

Southampton, Manchester United

Artikel Lain