Olimpik: Murray Ketepi Del Potro Di Pentas Final - Sukan | mStar

Olimpik: Murray Ketepi Del Potro Di Pentas Final

Andy Murray.

ANDY Murray muncul pemain tenis pertama memenangi dua gelaran Olimpik dalam acara perseorangan lelaki dengan menundukkan Juan Martin del Potro dari Argentina di Rio.

Murray, 29, menang 7-5 4-6 6-2 7-5 melengkapkan pingat emas kelima bagi Great Britain pada Isnin.

Kemenangan itu hadir lima minggu selepas dia menjuarai kejohanan Wimbledon kedua dan empat tahun selepas kejayaan di London 2012.

Murray berkata persembahan di pentas final itu antara yang paling mencabar pernah diharunginya.

"Hakikatnya saingan ini amat mencabar, jadi saya berbangga kerana berjaya melepasi halangan ini.

"Empat tahun tempoh yang lama dan banyak perkara boleh berubah. Banyak perubahan sejak 2012. Saya gembira kerana bertanding pada temasya terbesar dunia ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai aksi di Tokyo dalam tempoh empat tahun lagi, Murray berkata beliau tidak pasti sama ada dapat mengekalkan prestasi terbaiknya pada ketika itu.

"Kita tahu mengenai Tokyo dalam empat tahun lagi. Pada usia 33 tahun (waktu itu), saya tidak pasti adakah saya boleh berada pada tahap seperti sekarang," katanya.

Del Potro membawa pulang pingat perak, membuktikan dia kini sudah mengembalikan prestasi terbaiknya selepas bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan sejak tiga musim lalu.


Andy Murray , Sukan Olimpik 2016 , tenis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain