suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Olimpik: Bolt Menang Emas 100m

Usain Bolt.

PELARI Jamaica, Usain Bolt menjadi atlet pertama memenangi tiga gelaran Olimpik berturut-turut dalam acara 100 meter dengan mengenepikan Justin Gatlin dari Amerika Syarikat (AS) untuk meraih pingat emas di Rio 2016.

Bolt, 29, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9.81 saat sekali gus mengulangi kejayaannya di Beijing pada 2008 dan London, empat tahun lalu.

Gatlin yang digantung dua kali atas kesalahan doping sekadar memenangi perak apabila ketinggalan 0.08 saat di belakang Bolt.

Bolt kekal dengan sasaran untuk menamatkan kempen di Rio dengan gelaran treble ketiga Olimpik berturut-turut selepas memenangi acara 100m, 200m dan 4x100m pada 2008 dan 2012.

Pemegang rekod dunia itu berkata pada Februari lalu bahawa beliau akan bersara dari sukan olahraga selepas kejohanan dunia 2017.

Artikel Lain