suria

Juventus Masih Ketawakan Man United Mengenai Perpindahan Pogba

Andrea Pirlo
ANDREA Pirlo berkata Juventus masih lagi ketawa apabila mengenangkan hakikat bahawa mereka dapat menandatangani perjanjian dengan Paul Pogba dengan bayaran yang rendah dari Manchester United pada tahun 2012.

Pogba, yang ketika itu berusia 19, menyertai kelab gergasi Serie A dengan nilai serendah £800,000 selepas dilepaskan oleh Alex Ferguson berikutan pertikaian antara dirinya dan ejen Mino Raiola.

Pemain antarabangsa Perancis itu menghabiskan empat tahun di Itali sebelum kembali ke Manchester United pada musim panas ini dalam perjanjian rekod dunia £89.5 juta.

Pirlo berkata walaupun Juventus mungkin telah kehilangan aset berharga mereka tetapi mereka masih tidak percaya bahawa dahulu, mereka telah berjaya mendapatkan Pogba dengan bayaran nominal.

"Pada sesi latihan pertama Pogba bersama Juventus, semua pemain ketawa," katanya kepada Telegraph.

"Tiada sebab lain yang menyebabkan kami ketawa melainkan kerana kami tidak percaya bahawa pemain dengan keupayaan yang jelas begitu banyak dapat meninggalkan kelab sebesar Manchester United secara percuma dan saya fikir Juventus masih ketawa.

"Saya akan sentiasa ingat pada hari pertama dia berlatih di Juventus. Dia masih muda tetapi kami dapat melihat dia begitu istimewa."

Dengan nilai perpindahan yang besar, Pirlo percaya Pogba akan berjaya di Old Trafford, terutamanya apabila Zlatan Ibrahimovic juga kini berada di kelab itu.

"Saya rasa Pogba akan memberikan kuasa sebenar Manchester United. Seorang pemain berkualiti boleh mengubah sebarang keadaan, "katanya.

Paul Pogba, ANDREA Pirlo

Artikel Lain