suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Super Sepanyol: Barca Menang Perlawanan Pertama Ke Atas Sevilla

Reaksi Luis Suarez selepas berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukannya. -fotoAP
GOL yang disumbat masuk Luis Suarez dan Munir memberi kemenangan awal 2-0 buat Barcelona dalam perlawanan pertama Piala Super Sepanyol di Sevilla, awal pagi Isnin.

Suarez yang menjaringkan 59 gol pada musim lepas membawa Barcelona mendahului tuan rumah selepas sembilan minit separuh masa kedua berlangsung.

Pemain gantian, Munir kemudian sekali lagi membolosi gawang Sergio Rico dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-81 sebelum membawa Barcelona melangkah lebih yakin untuk perlawanan kedua.

Pusingan kedua akan berlangsung di Nou Camp pada awal pagi Khamis.

Terdapat kebimbangan kecederaan terhadap pasukan Luis Enrique pada separuh pertama, apabila dua pemainnya, Jeremy Mathieu  mengalami kecederaan hamstring dan Andres Iniesta cedera lutut.

Artikel Berikut

Artikel Lain