suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Olimpik: Schooling Hadiahkan Singapura Pingat Emas Pertama

RIO DE JANEIRO: Joseph Schooling menjuarai 100 meter kuak kupu-kupu lelaki bagi mendapatkan pingat emas pertama Singapura dalam temasya sukan Olimpik.

Schooling menafikan hasrat Michael Phelps untuk mendapatkan pingat emas ke-23 untuk dirinya dalam saingan individu.

Phelps yang merupakan juara bertahan dan pemegang rekod dunia serta dilapor akan bersara selepas Olimpik Rio hanya mampu menewaskan dua musuh utamanya, Chad Le Clos dari Afrika Selatan dan Laszlo Cseh (Hungary) untuk berada di kedudukan kedua.

Lebih mengejutkan apabila ketiga-tiga pemenang hanya mampu merekodkan masa 51.14 saat - di belakang rekod Olimpik Schooling iaitu 50.39 saat.

Phelps yang memenangi 27 pingat keseluruhannya berharap untuk memenangi pingat emas untuk kali keempat berturut-turut pada Olimpik kali ini. - Reuters




Olimpik, Singapura

Artikel Berikut

Artikel Lain