suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan Bersalaman Dengan Wakil Israel, Atlet Judo Mesir Dipuji

Islam El Shehaby (kanan) tidak menghiraukan wakil Israel yang cuba bersalaman dengannya.

ATLET judo Mesir, Islam El Shehaby menolak untuk bersalaman dengan wakil Israel pada Olimpik Rio.

Meskipun tewas kepada peserta Israel iaitu Or Sasson, namun wakil Mesir tersebut tetap dengan pendirian untuk tidak menghiraukan kehadiran Israel.

Ketegasan El Shehaby untuk tidak bersalaman pada permulaan permainan turut kekal hingga saingan tersebut ditamatkan.

Sebelum perlawanan tersebut bermula, sebuah siaran televisyen Islam, Mataz Matar menggesa El Shehaby menarik diri daripada berdepan wakil Israel yang dianggap tidak diiktiraf.

Atlet Mesir itu turut tidak melayan Persekutuan Judo Antarabangsa yang mahukan penjelasan berhubung insiden tersebut.

Ketegasan yang dipamerkan El Shehaby turut mendapat pujian netizen termasuk bukan Islam dari seluruh dunia.

Judo, Mesir

Artikel Lain