suria

Olimpik: Chong Wei Langkah Kanan

Lee Chong Wei.

RIO DE JANEIRO: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan Kempen Sukan Olimpik Rio dengan langkah kanan apabila memenangi perlawanan pertama Kumpulan A di Pavilion 4 Riocentro, malam Khamis dengan mudah.

Pemain pilihan pertama itu kelihatan tenang dan tidak perlu bermandi peluh untuk menyingkirkan pemain ranking ke-318 dunia, Soren Opti dari Surinam 21-2, 21-3 dalam tempoh 18 minit.

Chong Wei yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang pemain Singapura, Derek Wong Ahad ini.

Berdasarkan rekod, Chong Wei memenangi semua empat perlawanan menentang pemain ranking ke-55 dunia itu sebelum ini.

Lee Chong Wei, Sukan Olimpik Rio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain