suria

Kehadiran Pogba Buat Nasib Empat Pemain United Samar

KEHADIRAN Paul Pogba ke Manchester United bukan sahaja mencatat rekod baharu perpindahan dunia, tetapi bakal menyaksikan empat pemain kelab itu 'dikorbankan'.

Nasib empat pemain seperti Marcos Rojo, Daley Blind, Juan Mata dan Bastian Schweinsteiger dilaporkan goyang apabila pengurus baharu, Jose Mourinho mempunyai perancangan tersendiri dalam menentu skuad baharunya.

Malah, pemain Jerman, Schweinsteiger dilaporkan akan dikeluarkan daripada skuad bagi awal bulan menjelang musim baharu nanti.

Selain itu, turut menjadi tanda tanya mengenai masa depan pemain seperti Ashley Young, Matteo Darmain dan Memphis Depay selepas trio tersebut gagal memberi persembahan terbaik pada aksi Piala Perisai Komuniti Ahad lalu.

Ashley Young


Selain itu, turut menjadi perhatian adalah status Mata yang sebelum ini dijual kepada United ketika kehadiran Mourinho di Chelsea.

Pemain Sepanyol itu dikatakan kurang disukai Mourinho sebaik sahaja pengurus Portugis itu tiba di Stamford Bridge dan hanya bekerja sama selama enam bulan sahaja sebelum berpindah ke United.

Biarpun sebelum itu Mata dinobatkan Pemain Terbaik PFA selepas menjaringkan 18 gol untuk Chelsea serta menjadi pembantu untuk 25 gol ketika dua tahun bersama The Blues, ia belum cukup untuk menambat hati Mourinho.

Dan dalam tempoh enam bulan di bawah bimbingan Mourinho, aksi Mata mula jarang dilihat.

Hubungan Mourinho dan Mata dingin ketika di Chelsea.


Sebaliknya, mereka kembali sekali lagi bertemu di Old Trafford yang sekaligus menjadi persoalan nasib Mata selepas ini.

Juan Mata, Jose Mourinho

Artikel Lain