suria

City Ikat John Stones Dari Everton

John Stones.

MANCHESTER City mengumumkan berjaya mendapatkan khidmat John Stones dari Everton dengan nilai perpindahan mencecah 47.5 juta pound (RM248.5 juta).

Pemain pertahanan England itu menandatangani kontrak selama enam tahun bersama City.

Stones, 22, akan menyarung jersi No.24.

"Saya amat berbangga kerana dapat bermain untuk City dan kini perpindahan ini sudah pun dimuktamadkan. Saya bersedia untuk melonjak karier saya ke peringkat tertinggi.

"City merupakan sebuah kelab yang bercita-cita besar dengan pengurus yang hebat. Jadi saya tidak sabar untuk membantu pasukan mengejar impian mereka.

"Saya mempunyai masa yang menakjubkan di Everton. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga penyokong. Kini hati saya hanya untuk City," katanya.

Ketika ditanya mengenai perpindahan itu, Stones mengakui terkejut dan tidak dapat berkata-kata.

"Ia hari yang panjang tetapi saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya pada ketika ini. Emosi saya bercampur-baur," katanya.

Stones sentiasa menjadi buruan pengurus Pep Guardiola sejak setahun yang lalu.

"Kami mahu membantu Stones mempamerkan kualiti sebenarnya bersama pasukan dan memperbaiki apa yang sudah dicapainya.

"Saya menyukai corak permainannya dan tidak sabar untuk melihatnya beraksi bersama pasukan," kata Guardiola.



Manchester City, John Stones, Everton

Artikel Lain