suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Keluar Arahan Menjelang Perlawanan Testimoni Wayne Rooney

JOse Mourinho
JOSE Mourinho telah mengarahkan Manchester United menganggap perlawanan testimoni Wayne Rooney seperti pertembungan Liga Perdana Inggeris sebenar.

Setelah perlawanan di Beijing dibatalkan, Mourinho hanya mempunyai tiga perlawanan pada musim panas ini dan dia tidak mahu mengambil ringan perlawanan testimoni Rooney yang akan berlangsung malam ini.

Skuad bimbingan Mourinho akan berdepan Everton di Old Trafford untuk meraikan kerjaya luar biasa Rooney, selaku kapten England itu di United.

Tetapi difahamkan Mourinho akan membariskan pemainnya yang paling kuat dan terdesak untuk menewaskan pasukan lawan, lapor Starsport.


United juga bakal berdepan juara liga perdana Leicester di Wembley, Ahad, dalam perlawanan Perisai Komuniti tetapi Mourinho tidak mempunyai hasrat untuk merehatkan mana-mana pemainnya menjelang pertarungan itu.

Pemain baru Zlatan Ibrahimovic, Eric Bailly dan Henrikh Mkhitaryan semua dijangka akan diturunkan, manakala pengurus Everton Ronald Koeman juga akan menurunkan skuad yang paling kuat.

Bekas pengurus United, Louis van Gaal enggan bersetuju dengan testimoni Rooney ketika bersama United.

Tetapi semua itu berubah apabila Mourinho menggantikannya dan bersetuju dengan mengambil kepentingan tambahan.

Rooney mungkin akan memulakan musim ke-12 bersama United, tetapi mengakui tidak pernah berasa begitu teruja tentang masa depan.

Dia berkata: "Saya tidak sabar untuk bermain dengan pemain baru. Mana-mana pemain pun akan berasa teruja bermain dengan pemain baru.

"Saya rasa ini akan menjadi musim yang besar untuk diri saya dan Manchester United.

Perlawanan testimoni ini diadakan sebagai meraikan 12 tahun bergabungnya Rooney bersama United, sejak 2004.

Lawannya, Everton adalah kelab yang pernah disertai Rooney.

Dia direkrut dari Everton dengan nilai 25 juta poundsterling.

Selama 11 musim, Rooney berjaya menjaringkan 172 gol daripada 349 penampilan bersama United.

Artikel Lain