suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JDT Bakal Miliki Kapal Terbang Sendiri

Kapal terbang Gulfstream 550.

PETALING JAYA: Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim melakar sejarah baharu apabila menjadi kelab pertama memiliki kemudahan pengangkutan udara sendiri.

Berita gembira itu hadir apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab tersebut pada Selasa.

Kapal terbang itu akan digunakan oleh pegawai kelab dan pemain JDT.

Menurut kenyataan dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers itu, kapal terbang tersebut akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017.

"Dengan kurniaan tersebut, JDT turut melakar satu lagi sejarah baharu sebagai kelab pertama tanah air yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah Peliharakan Sultan," demikian menurut kenyataan itu.

Artikel Lain