suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus Benarkan Paul Pogba Ke Man United

JUVENTUS membenarkan Paul Pogba menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan memecah rekod dunia iaitu sebanyak £92 juta - tambahan £8 juta.

Dalam terma perpindahan itu juga disertakan bonus dan komisen 20 peratus untuk ejen Pogba iaitu Mino Raiola.

United sebelum ini enggan membantu Juventus dengan memberikan komisen kepada Raiola kerana telah membayar harga yang tinggi.

Bagaimanapun, Juventus memberitahu masalah itu akan diselesaikan dan Pogba akan ke Old Traffod.

Masalah yang menyebabkan ujian kesihatan Pogba disekat itu telah diselesaikan selepas perbicangan diadakan di Hotel Milan Palazzo Parigi pada Selasa.

Raiola telah bertemu Ketua Eksekutif United, Ed Woodward untuk menyelesaikan komisen bernilai £20 juta itu.

Berikutan penyelesaian tersebut, Pogba yang sedang bercuti di Miami telah memuat naik warna merah hitam putih untuk memberitahu mengenai masa depannya.

Kepulangan pemain tengah Perancis itu ke pangkuan bekas kelabnya menyaksikan dia bakal menerima gaji sebanyak £290,000 seminggu.

Manchester United

Artikel Lain