suria

Real Madrid Tidak Tolak Khabar Perpindahan Pogba

Paul Pogba
KOMEN Zinedine Zidane mungkin boleh membuatkan Manchester United terganggu.

Laporan baru-baru ini telah menyatakan bahawa United akan memeterai perjanjian £110 juta untuk mendapatkan Paul Pogba.

'Superstar' kelab Juventus itu secara meluas dijangka bakal kembali ke Old Trafford, setelah meninggalkan kelab itu empat tahun lalu.

Bagaimanapun, Real Madrid telah menyatakan minat yang tinggi terhadap pemain berusia 23 tahun itu, termasuklah Zidane.

Dan pengurus Los Blancos itu enggan menafikan mengenai khabar perpindahan Pogba, selaku pemain tengah.

"Pada masa ini kita masih berusaha (perpindahan Pogba) dan saya tidak boleh berkata apa-apa lagi," kata Zidane, lapor express.co.uk


"Sehingga Ogos 31 apa sahaja boleh berlaku, tetapi hari ini dia bukan pemain Real Madrid dan saya tidak boleh bercakap tentang apa yang akan berlaku.

"Saya selalu memberitahu tentang bagaimana perkembangan sesuatu perkara, tetapi sekarang bukan masanya untuk bercakap tentang perkara ini.

"Banyak kelab berminat dengan Pogba.

"Real Madrid sentiasa mahukan pemain terbaik.

"Tetapi kita tetap menghormati Juventus dan saya tidak boleh berkata apa-apa lagi kerana menghormati mereka."

Jose Mourinho telah berbelanja besar dan telah menandatangani tiga pemain pada musim panas ini iaitu Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.
Paul Pogba, Zidane, Jose Mourinho

Artikel Lain