suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly

Kalidou Koulibaly
CHELSEA telah membuat tawaran bernilai €45 juta bagi mendapatkan khidmat pemain Napoli, Kalidou Koulibaly, menurut laporan.

Pemain pertahanan itu adalah salah seorang daripada tulang belakang kelab dengan gelaran Partenopei yang menduduki tempat kedua saingan Serie A musim lalu tetapi mahu meninggalkan kelabnya musim panas ini.


Kini, laman web Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Chelsea telah membuat tawaran baharu bernilai €45 juta (£37.7 juta) untuk membawa Koulibaly ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun Napoli belum memberikan sebarang tindak balas terhadap tawaran itu, di mana mereka mungkin sedang melihat beberapa alternatif lain.

Urusan perpindahan musim panas di Naples nampaknya menjadi sibuk kerana Gonzalo Higuain telah berlepas ke Juventus, manakala Arkadiusz Milik dan Corentin Tolisso sedang menghampiri perjanjian perpindahan ke San Paolo.

Artikel Lain