suria

Pulau Pinang Kecewakan Kedah

PULAU Pinang berjaya memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri selepas menewaskan Kedah 3-2 dalam aksi Liga Super pada Selasa malam.

Perlawanan pasukan berjiran itu bermula perlahan apabila kedua-duanya berjaga-jaga untuk melakukan serangan dan memilih untuk mengawal permainan.

Namun pada pertengahan babak pertama, pasukan tuan rumah mula melakukan serangan selain Kedah yang tidak kurang berusaha memburu gol pertama.

Pada minit ke-30, Liridon Krasniqi berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila mudah menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Bagaimanapun, kegembiraan Kedah tidak lama apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jeong Seok Min pada minit ke-36.

Barisan pertahanan Kedah yang seakan masih terkejut dengan jaringan penyamaan sekali dihukum apabila Seok Min menggandakan jaringan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Barisan serangan Pulau Pinang yang mendapat suntikan moral hasil jaringan berkenaan terus memberi tekanan ke atas kubu Kedah, namun kecemerlangan Mohd Ifwat Akmal berjaya memastikan gawang skuad Helang Merah tidak dibolosi.

Selepas jaringan ini pemain Kedah gelabah dan kesempatan ini digunakan pemain Pulau Pinang untuk menghukum pelawat dengan jaringan kedua menerusi Seok Min yang melakukan tendangan kencang dari dalam kotak penalti Kedah yang gagal di selamatkan oleh Mohd Ifwat Akmal.

Seminit babak kedua bersambung, Kedah sekali lagi dikejutkan dengan gol ketiga Pulau Pinang hasil daripada kesilapan Osman Yusof.

Gol tersebut dihasilkan oleh Mathias Jesus Cordoba walaupun Mohd Ifwat berusaha menghalangnya sebanyak dua kali.

Situasi Kedah yang semakin tertekan memaksa Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Rizal Ghazali dan Shazuan Ashraf dan memasukkan Thiago Augusto Fernandez dan Farhan Roslan.

Pada minit ke-67, Kedah terpaksa bermian dengan 10 pemain selepas penjaring gol pertamanya, Liridon dibuang padang.

Namun, itu tidak bermakna Kedah perlu menyerah kalah dan hasil gandingan Augusto serta Farhan berjaya menghasilkan jaringan.

Gol kedua pasukan pelawat hadir pada minit ke-75 menerusi Augusto yang tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas Farhan dijatuhkan.

Kedudukan 3-2 kekal sehingga perlawanan tamat.

Kedah, Pulau Pinang, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain