suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krygios Tewas Kepada Juara Wimbledon Remaja

BINTANG tenis Australia yang sentiasa diiringi kontroversi, Nick Kyrgios terkeluar daripada saingan Toronto Masters apabila tewas kepada pemain Piala Roger Kanada berusia 17 tahun, Denis Shapovalov dengan keputusan 7-6 (7-2) 3-6 6-3, Selasa.

Kyrgios kini berada di ranking ke-19 dunia itu gagal menyaingi aksi bertenaga pemain ke-370 dunia yang baharu sahaja bergelar juara Wimbledon Remaja.

Ketika perlawanan berlangsung, Kyrgios yang turut terkenal dengan pelbagai drama di gelanggang sebelum ini telah menjerit :"Saya akan pulang", ketika permainan berlangsung selama satu jam 40 minit.

Kyrgios,21, kelihatan seperti tidak bermaya selepas perlawanan hanya memuji Shapovalov tanpa menghiraukan kekalahannya.

"Dia muncul dengan keputusan terbaik dalam kariernya. Dia mempunyai masa depan yang cerah.

"Saya begitu berminat untuk mengetahui bagaimana perjalanan kariernya selepas ini...dia adalah pemain terbaik.

Dalam pada itu, Shapovalov tidak menjangkakan kemenangan itu.

Shapovalov pamer aksi bertenaga tewaskan Kyrgios.


"Nick merupakan pemain luar biasa. Dia adalah pemain terbaik kelompok 20 dunia. Mungkin di masa depan dia akan menjadi pemain No.1 dunia.

"Jelas sekali saya tidak jangka akan menang. Tetapi seperti yang dikatakan, saya akan keluar bermain dan berjuang untuk mengutip mata. Itulah yang saya buat. Keputusannya hari ini amat baik".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain