NICO Rosberg mengakui tidak tergugat dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang mengambil alih kedudukan pertama keseluruhan pelumba setakat ini.
Pelumba Mercedes itu, mendahului kedudukan teratas sejak aksi di Australia awal musim ini, namun dipintas oleh Hamilton pada saingan di Hungary pada Ahad.
"Sudah tentu aksi awal perlumbaan saya berjalan dengan baik, begitu juga dengan Lewis dan Daniel (Ricciardo).
"Ia satu persaingan yang sangat rapat dan positif dan bagi musim yang baik bagi saya.
"Seperti yang selalu saya katakan, bertarung dengan Lewis merupakan sesuatu yang baik dan saya tidak terlalu mengira mata kerana perjalanan masih jauh dan semuanya boleh berlaku.
"Saya hanya mahu fokus kepada kemenangan. Itu sahaja ya yang saya inginkan setakat ini, lelih-lebih lagi selepas ini akan berlumba di Hockenheim, kampung halaman saya. Pastinya saya akan cuba untuk menang," jelasnya selepas berada di tempat kedua GP Hungary pada perlumbaan Ahad malam.
Rosberg yang memulakan di petak pertama di Litar Hungaroring gagal memintas Hamilton sekaligus impian untuk melakar kejayaan pertama di Hungary tidak kesampaian.
Manakala Hamilton berjaya meraih kejayaan kelima di situ sekaligus mengambil alih kedudukan takhta pelumba keseluruhan setakat ini.
Kedudukan penuh pelumba:
1
Lewis Hamilton
MERCEDES
192 mata
2
Nico Rosberg
MERCEDES
186
3
Daniel Ricciardo
RED BULL RACING TAG HEUER
115
4
Kimi Räikkönen
FERRARI
114
5
Sebastian Vettel
FERRARI
110
6
Max Verstappen
RED BULL RACING TAG HEUER
100
7
Valtteri Bottas
WILLIAMS MERCEDES
56
8
Sergio Perez
FORCE INDIA MERCEDES
47
9
Felipe Massa
WILLIAMS MERCEDES
38
10
Carlos Sainz
TORO ROSSO FERRARI
30
11
Romain Grosjean
HAAS FERRARI
28
12
Nico Hulkenberg
FORCE INDIA MERCEDES
27
13
Fernando Alonso
MCLAREN HONDA
24
14
Daniil Kvyat
TORO ROSSO FERRARI
23
15
Jenson Button
MCLAREN HONDA
13
16
Kevin Magnussen
RENAULT
6
17
Pascal Wehrlein
MRT MERCEDES
1
18
Stoffel Vandoorne
MCLAREN HONDA
1
19
Esteban Gutierrez
HAAS FERRARI
0
20
Jolyon Palmer
RENAULT
0
21
Marcus Ericsson
SAUBER FERRARI
0
22
Felipe Nasr
SAUBER FERRARI
0
23
Rio Haryanto
MRT MERCEDES 0


