suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Marah Ditanya Akan Bersalaman Dengan Guardiola

JURULATIH Manchester United, Jose Mourinho memberi reaksi marah apabila disoal mengenai adakah dia akan bersalaman dengan Pep Guardiola dalam perlawanan antara kedua-dua pasukan di Beijing pada Isnin.

Mourinho dan Guardiola dikatakan menjadi musuh selepas perlawanan antara Real Madrid menentang Barcelona ketika kedua-duanya berkhidmat di Sepanyol.

Bagaimanapun, Guardiola menafikan dia bermusuhan dengan Mourinho dan mendakwa tidak pernah wujud masalah antara kedua-dua mereka.

Ketika ditanya soalan berkenaan, Mourinho menjawab, "untuk melayakan soalan ini, saya akan gunakan perkataan kesat!

"Sudah pastinya saya akan bersalaman dengan dia (Guardiola).  Saya tidak faham mengapa soalan ini ditanya kepada Guardiola dan diri saya.

"Kami pernah bekerja secara bersama dan saling bersaing semasa di Sepanyol.

"Saya tidak nampak mengapa soalan ini perlu diketengahkan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain