suria

Pep Guardiola Berdepan Masalah

USAHA Pep Guardiola untuk membentuk semula Manchester City berdepan masalah apabila tujuh pemain senior akan mengakhiri kontrak mereka pada musim ini.

Tujuh pemain bertaraf bintang itu akan meninggalkan City secara percuma pada musim depan jika mereka tidak ditawarkan kontrak lanjutan, lapor Daily Mirror.

Pemain tersebut ialah Yaya Toure, Fernandinho, Pablo Zabaleta, Gael Clichy, Jesus Navas, Bacary Sagna dan Willy Caballero.

Selain itu, pihak atasan kelab turut sedang berusaha mengurangkan pemain bukan warga England bagi memenuhi syarat Liga Perdana Inggeris yang mahukan lapan pemain tempatan daripada 25 orang yang didaftarkan.

Setakat ini, Toure berpeluang menyertai Inter Milan yang dipimpin bekas jurulatih City, Roberto Mancini.

Bagi Zabaleta pula, Roma antara kelab yang telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya sejak musim lalu.

Sevilla dilapor mahu mendapatkan Navas manakala Caballero sedia meninggalkan City.

Manchester City

Artikel Berikut

Artikel Lain