suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serena Tarik Diri Sertai Piala Rogers

PEMAIN pilihan utama, Serena Williams menarik diri daripada kejohanan Piala Rogers kerana bergelut dengan masalah radang bahu.

Serena yang juga juara tiga kali membuat pengumuman itu pada Ahad.

Keputusan itu hadir kurang dua minggu sebelum beliau dijangka mewakili Amerika Syarikat (AS) dalam acara tenis pada Sukan Olimpik di Rio.

"Akibat masalah radang bahu, malangnya saya perlu menarik diri daripada kejohanan Piala Rogers.

"Saya tidak sabar untuk beraksi di Montreal dan berharap dapat kembali tidak lama lagi," kata Serena dalam satu kenyataan.

Serena baru-baru ini memenangi kejuaraan Wimbledon buat kali ketujuh sekali gus menyamai rekod Steffi Graf yang memperoleh 22 gelaran Grand Slam.

"Memandangkan Sukan Olimpik semakin hampir, pemain ini mempunyai jadual yang padat.

"Kadang kala badan anda perlu berehat. Kami harap Serena dapat pulih dengan cepat dan semoga dia berjaya sepanjang musim ini," kata pengarah kejohanan, Eugene Lapierre.


Serena Williams, Piala Rogers

Artikel Sebelum

Artikel Lain