suria

Kontinjen Australia Boikot Perkampungan Atlet Di Rio

PEGAWAI kontinjen Australia ke Sukan Olimpik di Rio menganggap Perkampungan Atlet tidak sesuai untuk didiami.

Beberapa bangunan yang baharu siap dibina kelihatan moden khas yang menjadi kawasan terbesar untuk kediaman atlet dalam sejarah Sukan Olimpik, namun timbul pelbagai masalah utama.




Selain Australia, New Zealand dan Great Britain juga turut mengalami masalah utama apabila berdepan dengan masalah kebocoran paip dan kemudahan elektrik menjelang pembukaan rasmi Sukan Olimpik bermula 5 hingga 21 Ogos ini.

Selain itu, mereka turut berdepan dengan masalah tandas tersumbat, dawai elektrik yang terdedah, suasana gelap tanpa lampu di bahagian tangga bangunan serta lantai kotor.




Pasukan Olimpik Australia memboikot perkampungan atlet selepas pegawai mereka mendedahkan ia tidak sesuai untuk didiami.

Sebahagian atlet telah tiba di Rio pada Isnin dan akan menginap di beberapa buah hotel selama tiga hari sementara menunggu masalah diselesaikan.

Chiller memantau kawasan perkampungan atlet yang dikatakan belum lengkap sepenuhnya.


"Paip bocor membasahi dinding, malah kami turut menghidu bauan seperti kebocoran gas di bahagian bangunan lain, yang mungkin berpunca daripada sistem pendawaian yang tidak betul.

"Buat masa sekarang kami menginap di hotel-hotek berdekatan sementara menunggu masalah diselesaikan," jelas Pegawai Pasukan Olimpik Australia, Kitty Chiller.




Dalam pada itu, pihak penganjur mendedahkan sistem keselamatan di perkampungan atlet dikawal ketat denfan menyediakan lebih kurang 85,000 anggota polis dan askar.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain