suria

Gomez Nekad Tinggal Besiktas Kerana Politik Turki

Mario Gomez yang bermain buat pasukan Besiktas

ISTANBUL: Pemain barisan hadapan Jerman, Mario Gomez meninggalkan juara pasukan Turki Besiktas berikutan keadaan politik yang tidak menentu di negara bergolak itu.

Bekas pemain VfB Stuttgart dan Bayern Munich itu menjaringkan 26 gol pada liga musim lalu ketika dia membantu kelab berkenaan memenangi liga Turki pada prestasi yang membolehkan dia memperoleh tempat dalam skuad Jerman Euro 2016.

"Keadaan politik adalah punca keputusan ini dibuat," kata pemain berusia 31 tahun itu menerusi laman Facebooknya.

"Tiada sebab lain yang mempengaruhi keputusan ini. Ia semata-mata insiden yang berlaku di negara ini beberapa hari lepas," tambahnya, yang menjaringkan dua gol pada Euro 2016 ketika membantu Jerman ke peringkat separuh akhir.

Kira-kira 60,000 anggota tentera, polis, pegawai kehakiman, penjawat awam dan guru telah digantung, ditahan dan disiasat susulan cubaan rampasan kuasa tentera pada Jumaat.

Operasi pembersihan terhadap pemberontakan yang gagal itu dikatakan mempunyai masalah yang belum selesai antara kedua-dua negara berikutan pergolakan yang berlaku di sempadan Syria, juga merupakan negara sekutu Barat dalam memerangi militan Negara Islam, (IS).

Gomez, yang terlepas peluang untuk beraksi pada Piala Dunia 2014 berikutan kecederaan dialami, membolehkan pemain pinjaman dari kelab Itali Fiorentina yang bermain untuk Besiktas musim lalu, mengambilnya untuk bermain secara tetap.

"Saya perlu memberitahu peminat Besiktas. Secara peribadinya,sangat berat bagi saya untuk tidak lagi bermain di hadapan anda, peminat untuk kelab yang besar ini di stadium yang unik ini," kata Gomez.

"Saya berharap masalah politik ini boleh diselesaikan secara aman tidak lama lagi. Maka adalah menjadi hasrat saya untuk kembali bermain buat Besiktas lagi. -Reuters

Mario Gomez, Besiktas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain