suria

Sarawak Tekad Raih Tiga Mata Penuh Bertemu Pahang

Teah Baysah Dennis - Foto kredit: Sarawakcrocs.com

KUCHING: Pasukan Bujang Senang tekad meraih tiga mata penuh apabila berdepan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur,Kuantan, Sabtu malam.

Ketua jurulatih Sarawak, David Usop berkata semangat pemainnya sudah kembali pulih selepas kekalahan tipis 3-4 kepada Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia, Rabu lepas.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan anak buahnya agar tidak mengambil mudah pasukan Pahang yang kini diperkuatkan dengan empat pemain import baharu.

"Pahang tewas 0-1 kepada Kelantan dalam perlawanan Piala Malaysia, tetapikekuatan sebenar mereka belum dapat saya pastikan...apa yang saya harapkan empat pemain import baharunya belum serasi dengan pemain tempatan," kata David kepada Bernama.

David mahu supaya barisan pemain Sarawak mengambil kesempatan ke atas ketidak serasian pemain-pemain Pahang itu untuk mencipta kemenangan mutlak pada Sabtu.

"Saya berharap pemain-pemain saya dapat menguasai perlawanan dengan cepat dan menjaringkan gol awal," katanya.

David berkata walaupun Sarawak tewas kepada Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia, beliau tetap gembira dengan prestasi pemainnya termasuk pemain import baharu, Teah Baysah Dennis dari Liberia.

Katanya Teah menunjukkan prestasi yang baik dan memainkan peranan pentingdi bahagian tengah pasukan Sarawak.

Di samping itu, beliau berkata kesemua pemainnya berada di tahap kecergasan yang tinggi untuk perlawanan malam esok. Sarawak kini berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan 12 mata. -Bernama

Sarawak, Liga Super

Artikel Lain