suria

Barcelona Perkenal Kit Baharu

BARCELONA memperkenalkan kit tempat lawan bagi musim depan dengan campuran warna biru dan merah yang digunakan di laman sendiri buat pertama kali.

Hasilnya pasukan gergasi Sepanyol itu berjaya menghasilkan jersi ungu Vapor Nike dengan teknologi AeroSwift.

Barcelona menerusi laman web rasminya berkata, rekaan terbaru itu adalah tradisi kepada gabungan warna-warna yang merangsangkan dan warna tradisional kelab berkenaan.

Replika jersi yag dijual menerusi laman web kelab itu bernilai £65 (RM343) bagi dewasa manakala untuk kanak-kanak berharga £28 (RM147).

Dalam pengenalan jersi berkenaan, Barcelona membariskan bintangnya iaitu Andres Iniesta, Gerard Pique, Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez model.

Elemen kejutan turut digunakan pada jersi berkenaan dengan campuran ungu dengan garisan merah jambu termasuk menggunakan stokin merah jambu.

Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain