suria

Willian Kekal Di Stamford Bridge Hingga 2020

Willian.

BINTANG Brazil, Willian menandatangani kontrak baharu selama empat tahun di Chelsea.

Pemain berusia 27 tahun itu berhijrah ke Chelsea dari Anzhi Makhachkala dengan nilai bidaan 30 juta pound pada 2013.

Dengan kontrak baharu itu, Willian akan kekal di Stamford Bridge sehingga 2020 selepas mempamerkan pretasi menakjubkan bagi musim 2015/2016.

"Saya amat gembira memperbaharui kontrak bersama Chelsea. Ia satu impian untuk meneruskan karier bersama kelab ini dan untuk tempoh empat tahun akan datang saya akan cuba membantu pasukan memenangi lebih banyak trofi.

"Ia tempoh yang menakjubkan sejak saya menyertai kelab ini tiga tahun lalu. Saya memenangi trofi dan pada musim lalu saya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Chelsea.

"Saya harap akan mengekalkan momentum pada musim baharu dan mengecapi lebih banyak kejayaan bersama Chelsea," katanya dalam laman web The Blues.

Willian yang mewakili Brazil sebanyak 30 kali, menjaringkan 19 gol dalam 140 penampilan bersama Chelsea.

Beliau diundi sebagai pemain terbaik pasukan bagi musim lalu.

Willian, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain