suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Allardyce Hampir Pasti Pimpin England

Sam Allardyce.

SAM Allardyce hampir pasti mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Roy Hogdson di England dengan Gary Neville dipanggil kembali menyertai barisan kejurulatihan.

Sumber dalaman FA percaya jawatankuasa tiga anggota yang ditugaskan mencari pengganti Hodgson iaitu Ketua Eksekutif Martin Gleen, Pengarah Teknikal Dan Ashworth dan Naib Pengerusi David Gill - telah banyak dipengaruhi Sir Alex Ferguson dan pegawai kanan Persatuan Pengurus Liga yang menuntut seorang pengurus Inggeris untuk jawatan tersebut.

Allardyce yang juga pengurus Sunderland yang dilaporkan bertemu dengan jawatankuasa tiga anggota itu di rumah Gill pada Selasa.

Pertemuan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa Allardyce selangkah untuk mempimpin skuad The Three Lions.

Seorang lagi calon yang berpotensi, Eddie Howe (Bournemouth) tidak yakin beliau berupaya mengemudi England pada peringkat awal kariernya.

Jawatankuasa tiga anggota itu perlu memuktamadkan keputusan mereka dan memulakan rundingan dengan Sunderland.

Namun ramai tidak yakin dengan kepimpinan Allardyce yang kurang berpengalaman dalam kejohanan Eropah atau peringkat antarabangsa.

Neville meninggalkan England bersama dengan Hodgson dan rakan pembantunya, Ray Lewington selepas England tewas 1-2 kepada Iceland pada pusingan kalah mati Euro 2016.

Namun keinginan FA agar pengurus baharu bekerja dengan jurulatih berbangsa Inggeris, Neville dipercayai akan mengubah fikirannya dan bekerjasama dengan Allardyce.

Neville kini tidak teringat dengan mana-mana kelab selepas dipecat sebagai pengurus Valenci pada Mac lalu.

Pengurus England Bawah 21 tahun, Gareth Southgate yang menjadi calon pilihan untuk jawatan pembantu pengurus tidak mempunyai hubungan baik dengan Allardyce dan tidak berminat untuk bekerja bersama pemain senior.




Sam Allardyce, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain