suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Swee Terbuka Jika Safiq, Aidil Buat 'U Turn'

Safiq Rahim.

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee terbuka menerima semula kehadiran Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan jika kedua-duanya memilih untuk membuat 'pusingan U'.

Namun beliau berkata kedudukan kedua-dua pemain itu akan dinilai semula berdasarkan prestasi semasa mereka pada masa hadapan.

"Jika keadaan berubah dan mereka menukar fikiran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang, sudah tentu kita akan menilai semula kedudukan mereka berdasarkan prestasi semasa ketika itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kim Swee, 45, turut mengakui terkejut dengan keputusan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk bersara daripada skuad skuad kebangsaan.

Malah pada masa sama, Kim Swee menyifatkan pengumuman kedua-dua pemain itu memberi satu kerugian kepada skuad negara.

"Sudah tentu saya terkejut dengan pengumuman kedua-dua pemain ini lewat petang Selasa. Bagi saya, ia satu kerugian tetapi jika benar ini keputusan mereka," katanya.


Namun, beliau akur dan menghormati keputusan Safiq dan Aidil Zafuan untuk menggantung but lebih awal.

"Mereka tentunya sudah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tersebut. Sudah pasti mereka berdua telah pun berbincang dengan keluarga masing-masing sebelum membuat keputusan," katanya.

Kim Swee berkata beliau percaya niat kedua-dua pemain itu untuk bersara merupakan keputusan peribadi.

"Kita perlu menghormati keputusan itu dan pada masa yang sama kita harus terus memikirkan siapa pengganti mereka yang perlu kita nilai," katanya.

Pada petang Selasa, Aidil Zafuan mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan.

Sejam kemudian, Safiq pula melakukan kejutan dengan turut menggantung butnya.

Pengumuman itu turut dibuat menerusi laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

Kedua-duanya berkata keputusan itu dibuat kerana sudah tiba masanya untuk mereka bersara dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tanggungjawab terbabit.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain