suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sam Allardyce Dan Jurgen Klinsman Calon Jurulatih England

Sam Allardyce (kiri) Dan Jurgen Klinsman merupakan calon pilihan untuk dilantik sebagai jurulatih England dalam tempoh terdekat.

SAM Allardyce akan ditemuduga oleh Persatuan Bola Sepak England (FA England) pada minggu ini dan tumpuan akan terarah kepada pelantikan jurulatih Sunderland itu atau Jurgen Klinsman sebagai pengendali skuad Three Lion.

FA England kini sedang berusaha mendapatkan pengganti Roy Hodgson yang meletak jawatan untuk diumumkan sebelum akhir bulan ini.

Daily Mirror melaporkan, legenda Manchester United, Alex Ferguson memainkan peranan penting dalam mencadangkan Allardyce.

Cadangan itu dibuat kepada Naib Presiden FA England, David Gill iaitu bekas Ketua Eksekutif United ketika era Ferguson.

Pemilihan jurulatih England dibuat oleh tiga panel dan salah seorangnya ialah Gill.

Pencabar Allardyce iaitu Klinsman juga merupakan calon pilihan FA England berdasarkan rekodnya.

Klinsman yang merupakan bekas pemain Jerman dan Tottenham kini adalah pengendali skuad Amerika Syarikat.

Sumber terdekat dengan Klinsman berkata, jurulatih berusia 51 tahun itu akan dilantik sebagai pengganti Hodgson dalam tempoh terdekat.



England, Jerman

Artikel Berikut

Artikel Lain