suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Tewas 0-3 Kepada China Di Suku Akhir Remaja Asia

Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR: Skuad negara gagal menembusi Tembok Besar China, apabila tewas 0-3 kepada pasukan negara itu di suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia di Bangkok, Thailand, Isnin.

Laluan Malaysia, naib juara Kumpulan C, untuk melangkah ke separuh akhir mula sukar sebaik beregu campuran Soh Wooi Yik-M. Thinaah tewas 11-21, 14-21 kepada pasangan He Jiting-Du Yue.

Sandaran kepada pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang menduduki ranking ke-547 dunia, untuk menyamakan kedudukan juga tidak kesampaian apabila pemain ranking ke-270 dunia, Sun Feixiang menewaskannya 21-13, 21-18.

China yang juga juara Kumpulan A, mengesahkan tempat di separuh akhir apabila pasangan beregu lelaki negara, Chen Tang Jie-Hoo Pang Ro tunduk 15-21, 14-21 kepada Han Chengkai-Zhou Haodong dalam masa 25 minit.

Malaysia memulakan kempennya dengan baik apabila membelasah Taiwan 4-1 dan Mongolia 5-0 sebelum tewas 1-4 kepada Indonesia dalam aksi peringkat Kumpulan C.

China seterusnya akan mencabar pasukan Jepun yang menewaskan India 3-0 dalam satu lagi aksi suku akhir, di separuh akhir petang ini.

Artikel Lain