suria

Hamilton Tawan Litar Silverstone, Trofi Juara Keempat Musim Ini

JUARA bertahan dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton melakar kemenangan di Litar Silverstone dengan mencatat masa terpantas pada aksi Grand Prix Britain Ahad malam.

Pelumba Mercedes itu melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas aksi juara pada GP Austria minggu lalu, sekaligus mencatatkan kejuaraan keempatnya musim ini (Monaco, Kanada, Austria).

Pada aksi di litar sendiri itu, Hamilton mencatat kepantasan 1:34:55.831s meninggalkan rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat kedua yang turut menjadi saksi kemenangan bagi tahun ketiga berturut-turut di Silverstone.




Sementara itu pelumba Red Bull, Max Verstappen menamatkan di tempat ketiga bersama rakan sepasukannya Daniel Ricciardo di posisi keempat dan Kimi Raikkonen dari pasukan Ferrari di tangga kelima.

Hamilton yang tampil penuh keyakinan  di hadapan penonton sendiri dengan menguasai petak pertama perlumbaan berjaya melakar kemenangan ke-47 sepanjang kariernya.

"Saya memang ingin melakukan kejayaan ini di hadapan kamu semua. Saya berterima kasih kepada semua pengokong yang hadir di sini.

"Saya juga boleh lihat setiap penyokong di setiap selekoh dan ianya menjadi pendorong untuk lebih laju ke depan," ucap Hamilton ketika menerima trofi kejuaraan.

Sebelum itu, Hamilton turut mencatat kedudukan petak pertama yang ke tujuh dalam sepuluh perlumbaan musim ini.




Biarpun berjaya melakar kemenangan berturut-turut, Hamiltoh masih gagal mengambil alih tempat pertama kedudukan pelumba keseluruhan apabila mengumpul 167 mata setakat ini berbanding Rosberg yang meraih 171 mata untuk menguasai tangga teratas.


Keputusan penuh perlumbaan Grand Prix Britain:



DRIVER CAR LAPS TIME/RETIRED PTS
1
Lewis Hamilton MERCEDES 52 1:34:55.831 25
2
Nico Rosberg MERCEDES 52 +6.911s 18
3
Max Verstappen RED BULL RACING TAG HEUER 52 +8.250s 15
4
Daniel Ricciardo RED BULL RACING TAG HEUER 52 +26.211s 12
5
Kimi Räikkönen FERRARI 52 +69.743s 10
6
Sergio Perez FORCE INDIA MERCEDES 52 +76.941s 8
7
Nico Hulkenberg FORCE INDIA MERCEDES 52 +77.712s 6
8
Carlos Sainz TORO ROSSO FERRARI 52 +85.858s 4
9
Sebastian Vettel FERRARI 52 +91.654s 2
10
Daniil Kvyat TORO ROSSO FERRARI 52 +92.600s 1
11
Felipe Massa WILLIAMS MERCEDES 51 +1 lap 0
12
Jenson Button MCLAREN HONDA 51 +1 lap 0
13
Fernando Alonso MCLAREN HONDA 51 +1 lap 0
14
Valtteri Bottas WILLIAMS MERCEDES 51 +1 lap 0
15
Felipe Nasr SAUBER FERRARI 51 +1 lap 0
16
Esteban Gutierrez HAAS FERRARI 51 +1 lap 0
17
Kevin Magnussen RENAULT 49 DNF 0
NC
Jolyon Palmer RENAULT 37 DNF 0
NC
Rio Haryanto MRT MERCEDES 24 DNF 0
NC
Romain Grosjean HAAS FERRARI 17 DNF 0
NC
Marcus Ericsson SAUBER FERRARI 11 DNF 0
NC
Pascal Wehrlein MRT MERCEDES 6 DNF 0


GP Britain, Lewis Hamilton

Artikel Sebelum

Artikel Lain