suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Itali Bakal Sertai Kelab China

PENYERANG Southampton, Graziano Pelle dilapor akan berhijrah ke Liga Super China dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta.

Daily Mirror melaporkan, kelab yang dipercayai ingin mendapatkan Pelle ialah Shandong Luneng, dan pasukan itu juga menawarkan pemain berusia 30 tahun tersebut gaji bernilai  £125,000 seminggu.

Jika perpindahan itu berlaku, ia bermakna Southampton dapat membuat keuntungan sebanyak £5 juta selepas membelinya dengan nilai £8 juta dari Feyenoord, dua tahun lalu.

Pelle kini mempunyai baki kontrak selama setahun dan mempamerkan aksi memberangsangkan dalam aksi Euro termasuk menjaringkan gol untuk Itali ketika menentang Belgium dan Sepanyol.

Selain kelab China, Juventus dan Lazio dilapor berminat untuk mendapatkan Pelle.

Media England turut tidak menolak kemungkinan Pelle akan bersama jurulatih Itali, Antonio Conte di Chelsea.

China

Artikel Berikut

Artikel Lain