suria

Unai Emery Dilantik Pengurus Baharu Paris Saint-Germain

PARIS Saint-Germain (PSG) menamakan Unai Emery sebagai pengurus baharu kelab tersebut.

Emery merupakan salah seorang pengurus menjadi perhatian selepas berjaya membawa bekas kelabnya, Sevilla menjuarai Liga Europa sebanyak tiga kali sebelum ini.

Pengurus berusia 44 tahun itu menandatangi kontrak selama dua tahun dan pilihan setahun di Parc des Princes.

"Kelab ini merupakan salah sebuah yang terbesar dia Eropah sejak beberapa musim lalu. Saya gembira dan mereima tugas ini dengan penuh hormat untuk membantu merealisikan impian PSG.




"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan pemain-pemain yang telah banyak membantu kelab setiap hari tanpa mengenal penat," ujar di laman web rasmi PSG.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu tiba Perancis bagi menggantikan Laurent Blanc yang dipecat PSG Isnin lalu berikutan pencapaian tidak memuaskan dalam Liga Perancis biarpun dia berjaya memenangi kejuaraan domestik sebanyak tiga kali berturut-turut.

Sementara itu, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata:"Unai akan membawa pengalaman, semangat dan kualiti dalam karier kejurulatihannya ke sini."

Bekas pemain tengah Real Sociedad mula bergelar jurulatih dengan menguruskan kelab Valencia 2008-2012 sebelum mengambil alih Sevilla pada tahun 2013 selepas musim pendek bersama Spartak Moscow (2012).

Emery akan memainkan peranan utama dalam kempen memperkuatkan barisan pemain berikutan perpindahan penyerang sensasi mereka Zlatan Ibrahimovic musim depan..

Unai Emery, Paris Saint-Germain

Artikel Berikut

Artikel Lain