suria

Pemain Ke-227 Dunia Menang Pertama Kali Aksi Grand Slam

PEMAIN tenis Britain, Tara Moore mencatat kemenangan buat julung kalinya dalam aksi Grand Slam.

Moore yang berada di ranking ke-227 dunia menewaskan pemain Belgium Alison Van Uytvanck yang di kedudukan ke-100 dunia berjaya merakam kemenangan pusingan pertama dengan 6-3 6-3.

Lebih manis, pemain kacukan Hong Kong-Britain berusia 24 tahun itu bakal menerima 50,000 pound sebaik sahaja melangkah kaki ke pusingan kedua dan bakal yang menyaksikan dia bakal berdepan dengan pemain ditangga ke-13 dunia Svetlana Kuznetsova.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi pusingan pertama, Svetlana Kuznetsova dari Rusia berjaya membuat kejutan ke atas bekas pemain No. 1 dunia dari Denmark, Caroline Wozniacki, 7-5, 6-4.

"Ia seperti sangat teruk apabila tersingkir daripada kejohanan. 'Yeah', tidak banyak yang boleh diperkatakan.

Caroline Wozniacki


"Secara keseluruhannya ini merupakan tahun. Dengan beberapa kecederaan, ia sebahagian daripada berita buruk," jelas Wozniacki.

Kuznetsova merupakan pemain veteran yang pernah menduduki tangga tertinggi kedua dunia pada tahun 2007.

Kini bekas juara Terbuka Perancis 2009 itu berada di tangga ke-14 dunia dan dijangka kedudukan itu akan berubah dengan kemenangan tersebut.

Wimbledon

Artikel Lain