Pendedahan Dua Benua Mantapkan Johnathan Ke Rio - Sukan | mStar

Pendedahan Dua Benua Mantapkan Johnathan Ke Rio

Johnathan bersama jurulatih negara, Hashim Desa.

KUALA LUMPUR: Pendedahan serta pengalaman dari dua benua digunakan untuk memantapkan persediaan penembak Olimpik negara, Johnathan Wong sebelum beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos ini.

Jonathan yang akan mengambil bahagian dalam acara 10 meter Air pistol dalam temasya itu memilih untuk menjalani latihan di Jerman dan Korea Selatan bagi mendapat teknik serta pengalaman berguna sebelum ke Rio.

Katanya sebagai atlet, perkara paling mencabar adalah untuk mendapatkan tembakan yang konsisten, ketika beraksi nanti.

Beliau baru sahaja menjalani latihan di Jerman dan akan berlepas ke Korea Selatan untuk berguru dengan jurulatih di sana selama dua minggu.

"Mendapat pendedahan dari dua negara ini sangat membantu saya. Saya lihatdua negara ini menggunakan teknik yang berbeza serta jurulatih mereka juga mempunyai pendekatan yang berbeza.

"Apa yang saya lihat, atlet di benua Eropah lebih berdikari dan bebas membuat keputusan sendiri berbanding di Asia, jurulatih mereka lebih 'push' (memaksa) atlet masing-masing ketika latihan.

"Saya harap dengan pengalaman yang diperoleh akan membantu saya di Rio nanti. Sekarang ini saya perlu memperbaiki konsistensi mental, sebab nanti saya kena melakukan 60 tembakan...untuk konsisten bukan mudah," katanya kepada pemberita di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Terdahulu, Johnathan menerima kunjungan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid ketika beliau menjalani latihan.

Dalam pada itu Mohamed Al Amin berkata Johnathan tidak perlu berasa terlalu tertekan pada penampilan pertamanya di sukan berprestij dunia itu.

Beliau berkata Johnathan diberikan pendedahan berlatih bersama atlet terkemuka dunia dari Korea Selatan dan Jerman dan beliau percaya atlet berusia 24 tahun itu mampu melakukan persembahan terbaik.

"Persiapan diri paling penting...sebab itu kita hantar banyak tempat untuk beliau berlatih. Fizikal dan mental kena kuat. Layak ke Sukan Olimpik menunjukkan atlet menembak negara berada di tahap yang tinggi dan terbukti kita mempunyai ramai atlet berbakat," katanya.

Untuk rekod Johnathan merupakan atlet menembak ketiga negara yang beraksi di Sukan Olimpik selepas Joseph Chong pada Sukan Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956 dan Nur Suryani Mohamed Taibi pada Sukan Olimpik 2012 di London. -Bernama

Johnathan Wong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain