suria

Mourinho Hubungi Semua Pemain Man United

JOSE Mourinho telah menghubungi semua pemain Manchester United bagi meyakinkan mereka mengenai peluang untuk kekal jika mampu memberi komitmen seperti yang diharapkan.

Dalam pesanan ringkas yang turut dihantar, Mourinho menjelaskan bahawa dia tidak akan membuat sebarang keputusan sebelum melihat aksi mereka.

Pemain yang dihubungi itu termasuklah Juan Mata - tonggak harapan yang dijual Mourinho kepada United ketika mereka berdua di Chelsea pada 2014.

Pengendali kelahiran Portugal itu dilapor sedar bahawa dia perlu memberi peluang kepada Mata, meskipun pemain berkenaan gagal mengambil tempat dalam skuad Sepanyol ke Euro 2016.

Semua pemain United akan bersemuka dengan Mourinho buat kali pertama dalam sesi latihan pada 7 Julai sebelum mereka berlepas untuk saingan pramusim pada 18 Julai.


Manchester United

Artikel Lain