suria

Antonio Conte Mampu Cipta Kejayaan Untuk Chelsea - Ancelotti

Conte (kiri) bersama Ancelotti.

CARLO Ancelotti yakin Antonio Conte mampu mencipta kejutan untuk Chelsea apabila berada di Stamford Bridge dalam saingan Liga Perdana Inggeris akan datang.

Conte yang sedang membimbing Itali dalam saingan Euro 2016 akan menggantikan Guus Hiddink sebagai pengurus tetap Chelsea selepas tamat Euro di Perancis.

Ancelotti turut yakin Conte dapat menghidupkan semula situasi 'mati' yang ditinggalkan Mourinho pada musim lalu dengan keadaan pemain yang tidak berdisiplin.

Menurutnya, Conte merupakan seorang jurulatih yang mempunyai rekod cemerlang ketika di Juventus dan menyimpan visi untuk setiap pasukan yang dipimpin.

"Conte seorang jurlatih yang mampu membina pasukan mantap, dapat meningkatkan semangat pasukan dan ada keupayaan membentuk satu skuad yang bersatu dalam perjuangan," katanya.

Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain