Hanya Ada Dua Pemain Terbaik Dunia, Itu Amat Mengecewakan - Pele - Sukan | mStar

Hanya Ada Dua Pemain Terbaik Dunia, Itu Amat Mengecewakan - Pele

LEGENDA Brazil, Pele menegaskan Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dunia pada ketika ini tetapi mengakui kecewa dengan kekurangan pemain bersaing untuk merebut gelaran tersebut dengan beliau dan juga Lionel Messi.

Meskipun bintang Real Madrid, Gareth Bale dan penyerang Barcelona, Neymar akan bersaing merebut gelaran Ballon d'Or pada masa hadapan, Pele menegaskan tiadanya persaingan untuk Ronaldo dan Messi amat mengecewakan arena bola sepak secara amnya.

Pele mengimbas kembali pengalamannya bersaing dengan beberapa legenda hebat semasa era beliau iaitu "George Best, Bobby Moore, Jairzinho, Bobby Charlton, Pele, Zico, Beckenbauer, Cruyff, Zidane, Maradona.

"Kini hanya ada Cristiano Ronaldo dan Messi, itu sahaja. Ia tidak baik untuk bola sepak.

"Pada hari ini Ronaldo adalah pemain terbaik dunia. Saya mengaguminya, jika saya menubuhkan satu pasukan kebangsaan beliau akan jadi pilihan saya.

"Namun pada masa sama saya amat kecewa kerana pada hari ini dan sejak lima tahun lalu, anda hanya sebut dua nama pemain bintang. Jika dibandingkan suatu ketika dulu kita ada ramai pemain bintang.

Sejak lapan tahun lalu, bintang Portugal dan Argentina itu sering bersaing untuk merebut anugerah tertinggi tersebut dengan bekas pemain AC Milan, Kaka memenanginya pada 2007.

Ketika ditanya mengenai perbandingan kedua-dua pemain itu dengan Maradona dan dirinya, Pele berkata ia begitu kompleks.

"Maradona, saya sendiri mempunyai sedikit perbezaan dengan Ronaldo. Dia berada lebih di tengah padang, lebih langsung dan lebih berperanan untuk menjaringkan gol.

"Namun apa yang lebih penting adalah dia pemain yang mencorak permainan. Dia pemain yang menjaringkan gol. Itu persamaannnya, " kata Pele.

Pele

Artikel Sebelum

Mourinho Hubungi Semua Pemain Man United

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain