suria

Prestasi Zulfahmi Di Luar Jangkaan - Razlan

Razlan (kiri) memberi kata-kata perangsang kepada Zulfahmi sebelum perlumbaan Superpole WSBK baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin telah mempamerkan prestasi luar jangkaan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dalam Kelas Supersport di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali berkata pelumba berusia 24 tahun itu perlu meneruskan rentak cemerlang untuk kekal berada dalam kelompok teratas itu.

"Ini adalah di luar jangkaan kita untuk tahun ini terutama selepas rekod prestasi tahun lepas yang kurang baik. Mungkin selepas berkahwin, tekanan sudah berkurangan, jentera baharu, kejohanan baharu, kelas baharu...mungkin tiada lagitekanan untuknya. Dia (Zulfahmi) pun sudah mula merasa keseronokan untuk kembali berlumba dan dia buat yang terbaik di Sepang.

Namun kita sentiasa kena ingatkan dia supayaterus berusaha untuk buat yang terbaik untuk tahun ini. Setakat ini dia sudahbuat lebih dari apa yang kita minta," katanya kepada pemberita.

Razlan berkata demikian selepas majlis pengumuman tajaan 15 utas jam tangan BRM Chronographes sebagai hadiah kepada pemenang Siri Kejohanan Malaysia (MCS)dan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK).

Selepas melakar kejayaan podium WSBK pada musim sulungnya dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Litar Sepang, Muhammad Zulfahmi gagal menyerlah pada perlumbaan seterusnya di Litar Donington Park, England apabila sekadar menduduki tempat ke-20. Bagaimanapun, Razlan berkata beliau yakin bekas pelumba Moto3 negara itu mampu membuat kebangkitan pada perlumbaan pusingan kelapan yang akan berlangsungpada 17 hingga 19 Jun ini.

"Minggu ini perlumbaan di Litar Misano, Itali dan merupakan litar kegemaran Zulfahmi. Saya sasar Zulfahmi menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 teratas,"katanya. -Bernama

Artikel Lain