suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Andy Murray Bergabung Semula Dengan Bekas Jurulatih Ivan Lendl

Andy Murray (kiri) dan Ivan Lendl.

PEMAIN tenis nombor satu Britain, Andy Murray pada Ahad membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa beliau akan bekerjasama semula dengan bekas jurulatihnya, Ivan Lendl.

Kerjasama itu akan disambung semula berkuat kuasa serta-merta, bermula minggu ini di Kejuaraan Aegon di Queen's Club di London Barat.

Murray mula bekerjasama dengan Lendl pada awal 2012 sehingga Mac 2014, dan kejayaan kerjasama mereka dapat disaksikan menerusi kemenangan pingat emas dalam acara perseorangan tenis lelaki pada Sukan Olimpik 2012 di London, Terbuka Amerika Syarikat (2012) dan kejuaraan Wimbledon pada 2013.

Murray berkata: "Saya mempunyai dua tahun kegemilangan bekerjasama dengan Ivan. Dia fokus dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk menang dalam acara besar. Saya tidak sabar untuk melihat Ivan menyertai pasukan ini kembali dan membantu saya dan mencapai matlamat saya."

Lendl merupakan salah seorang pemain yang paling berjaya sepanjang zaman, apabila memenangi lapan kejohanan Grand Slam.


Andy Murray, Ivan Lendl

Artikel Lain